KENYIR MONSUN 2008 BERSAMA LFC

0 Comments »
Kali ni trip bersama LFC selama 5hari 4 malam. Gila punya lama. Biasalah, bila bulan dec ni tak lain tak bukan nak belasah sebarau kaw kaw punya. Setiap 2 pemancing akan mendapat satu bot. boleh casting sampai lebam. Cuma pada hari pertama disebabkan kesilapan teknikal, terpaksa berkongsi bot dengan botak spinning dan daniel. Tak kisah lah.. 5 hari beb... rilek-rilek aje lah. Menaiki bot tkp (??? ) Berahim, abg kepada mat B.
Aku,botak,wafi dan ggp Bertolak awal dari KL. Singgah Di Kuantan untuk casting sekejap di Esplanade dan meronda-ronda ke kedai pancing. Sambil-sambil tu dapat juga berjuma dengan KLC dan pusing-pusing kat lorong kunyit... auw.
Bertemu dengan LFC di Kuala Berang dan bergerak ke Jenagor setelah bersarapan dan terus menaiki Bot Berahim yang telah sedia menunggu.
First day kami di Kawasan berdekatan sungai Sempit.

Sebarau ni frenzy lewat petang. sampai kita orang lupa nak tgk jam.

Selepas Daniel naikkan sebarau ni kami sudah hilang arah nak balik. Nampak lampu bot dari jauh. Dekat sejam baru lah sampai. Dah sampai pulak rupa-rupanya kami tersalah bothouse. Terjumpa dengan boathouse geng aluminium. Nasib baik Karim (boatman) tolong hantarkan ke mana tah.. tetiba boleh terjumpa botman kami yang sedang meronda2 mencari. gile lah .. dah le masa tu nak hujan da.. Dalam pukul 10 malam baru sampai ke bot induk.

Esok harinya baru dapat berpartner dengan wafi. Sebarau memang ada. Tapi payah gila nak jumpa...

Size sebarau macam ni sepatutnye bersepah-sepah. tapi trip yang ni macam silap tarikh je.. Sebarau tah gi mana tah..

Punya la boring casting.. sempat tido, main masak-masak, mandi manda.

Setakat toman kat Air Ganda banyak.. Belasah je lah..

Port ni memang nampak cantik.. tapi banyak belida tu bro..

MB Flat slap

GDX hitam legam

Toman Blacken

Kesimpulannya : tak semestinya gi kenyir bulan 12 akan membuahkan hasil sebarau yang lumayan.. nasib-nasib la... kalau kena harinya.. memang banyak gila boleh dapat.

0 Responses to "KENYIR MONSUN 2008 BERSAMA LFC"

Post a Comment