Showing posts with label kenyir. Show all posts
Showing posts with label kenyir. Show all posts

KENYIR MONSUN 2008 BERSAMA LFC

0 Comments »
Kali ni trip bersama LFC selama 5hari 4 malam. Gila punya lama. Biasalah, bila bulan dec ni tak lain tak bukan nak belasah sebarau kaw kaw punya. Setiap 2 pemancing akan mendapat satu bot. boleh casting sampai lebam. Cuma pada hari pertama disebabkan kesilapan teknikal, terpaksa berkongsi bot dengan botak spinning dan daniel. Tak kisah lah.. 5 hari beb... rilek-rilek aje lah. Menaiki bot tkp (??? ) Berahim, abg kepada mat B.
Aku,botak,wafi dan ggp Bertolak awal dari KL. Singgah Di Kuantan untuk casting sekejap di Esplanade dan meronda-ronda ke kedai pancing. Sambil-sambil tu dapat juga berjuma dengan KLC dan pusing-pusing kat lorong kunyit... auw.
Bertemu dengan LFC di Kuala Berang dan bergerak ke Jenagor setelah bersarapan dan terus menaiki Bot Berahim yang telah sedia menunggu.
First day kami di Kawasan berdekatan sungai Sempit.

Sebarau ni frenzy lewat petang. sampai kita orang lupa nak tgk jam.

Selepas Daniel naikkan sebarau ni kami sudah hilang arah nak balik. Nampak lampu bot dari jauh. Dekat sejam baru lah sampai. Dah sampai pulak rupa-rupanya kami tersalah bothouse. Terjumpa dengan boathouse geng aluminium. Nasib baik Karim (boatman) tolong hantarkan ke mana tah.. tetiba boleh terjumpa botman kami yang sedang meronda2 mencari. gile lah .. dah le masa tu nak hujan da.. Dalam pukul 10 malam baru sampai ke bot induk.

Esok harinya baru dapat berpartner dengan wafi. Sebarau memang ada. Tapi payah gila nak jumpa...

Size sebarau macam ni sepatutnye bersepah-sepah. tapi trip yang ni macam silap tarikh je.. Sebarau tah gi mana tah..

Punya la boring casting.. sempat tido, main masak-masak, mandi manda.

Setakat toman kat Air Ganda banyak.. Belasah je lah..

Port ni memang nampak cantik.. tapi banyak belida tu bro..

MB Flat slap

GDX hitam legam

Toman Blacken

Kesimpulannya : tak semestinya gi kenyir bulan 12 akan membuahkan hasil sebarau yang lumayan.. nasib-nasib la... kalau kena harinya.. memang banyak gila boleh dapat.

KENYIR BERSAMA TEAM PACAT

, 0 Comments »
Trip ini sebenarnya ialah trip terkejut lagi. 3 hari sebelum pergi baru aku dipelawe. Trip ini jugalah trip salam perkenalan bersama team pacat berlangsung selamat 4hari 3 malam. Biasa dengar team ni dalam majalah je.. geng artis ni, tak sangka dapat join pulak trip diorang. Siap ada tonemen JORAN MASTER. Pemarkahan pula mengikut point berdasarkan panjang ikan.
Aku pulak memang pantang orang ajak pergi kenyir ni. Padahal baru je pergi rasanya dengan profesor mengamuk. Bulan depan (dec) nak pergi lagi. Arghh.. belasahlah .. gi kenyir punya pasal, tiap-tiap bulan pun tak pe..

Tu dia barang-barang team pacat. Bothouse Pak Awie masih belum muncul. tangan dah gigil nak casting ni.

Tongkang pecah.

Gile lah.. kena pikul fiber turun ikut tangga ni...

Peliharalah tasik kenyir.. tak paham bahasa ke?

Sebelum masuk kena ambil permit dulu. permit tapau ikan..

seluar ketat!!

Risto Rap

Fat rap crawdad free (org bagi)

Hisap rokok gudang sambil bawak bot memang lagi best dari bau asap kat disko.

Skitter pop chatreus makerel. hard to find!! rare!!

Sebarau penutup.

kesian sebarau ni, telan spoon. tak leh nak selamat kan..

TREKKING KE HULU TERENGGAN

, , , 0 Comments »
Trip paling best rasanya untuk tahun 2009 ni. Walaupun tidak ada ikan bersize megalomania, kesudian tengas membedal spoon membuatkan trip yang dipanggil trip santai tidak berapa santai. sayang sekali trip ini cuma 3hari2 malam sahaja. Ikut kan hati. 18 malam pun tak pe.

Bayangkan kalau empangan ni pecah... simpang 44..

Trekking mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja untuk sampai ke base camp. tapi gambar trekking aku tak ambik la. Kamera besar gerabak. Buat khemah pun dah sampai pukul 9mlm pada hari pertama. Keesokkan harinya baru sambung trekking ke atas lagi. Target sebarau, tapi tengas yang banyak... ini pun aku suka..

ngeri siut naik atas tu bila jumpa tapak maybank dengan najis court mammoth. Mercun ada, tapi bila bakar je.. pusss... pusss... bunyi kentut lagi kuat. Entah raya bila punya mercun daa... sehari ni je la dpt mancing nye... esok dah nak balik pulak... arghh tekanan... aku tak mau balik.


Tengas Hulu Terenggan memang suka dengan altima.

Kan bagus kalau kat belakang rumah aku ada sungai macam ni..


Altima 10gm memang best lah... (rambut aku cam siut je time ni..)

dia lagi...

Tengas terbesar trip ni.. Pakai seahawk island je ni... best tul...


Setiap jeram mesti ada sambaran, sapa tak geram beb..

Lubuk-lubuk di Hulu Teranggan..


Tengah casting terjumpa pulak rambo baru balik dari pasar..