TRIP-TRIP SEPAYANG

, 0 Comments »
SEPAYANG 23 MAY 2009

Trip kedua ke Sepayang, bersama Jimouque dan Madi. Semua gara-gara lepas trip pertama yang mencankup-cakup.

Disebabkan sampai awal pada malam sebelum, kami tidur di rumah rakit Rahim.Best juga sebab pagi-pagi boleh tengok sunrise..

Jimoque membuka lembaran pagi dengan menaikkan toman rempit dengan chugbug 8cm dan menggunakan reel Metanium Mg DC!! adeh... pedih telinga...

Daiwa alphas r-edition memang kena buli je lah ... sekarang beliau tak pakai dah alphas. Pakai Conquest dan scorpion XT sahaja...

Sebarau dengan Fat Rap FireTiger ini dapat apabila baling ke arah toman bujang timbul..

Strike Pro Mag Popper ini digunakan bila dah malas nak mancing.. tarik je..

Jumpa pakcik ni casting sambil duduk je... hasilnya.. KELISA. Teluk ini memang banyak Kelisa, mungkin satu hari nanti rezeki aku pulak.


sebanyak 6 ketul gewang telah diPAW oleh toman sepayang, fat rap glass chatreus, bubble pop 88,x rap, skitter pop, .. arghh... tension.


SEPAYANG 14 JUN 2009

Kali ni trip bersama Naga dan Rehot. Semua Team Pacat sudah keracunan toman Sepayang. Lokasinya pula tidaklah jauh mana. Air tenang pada paginya memang best untuk mengesan anak-anak toman. Hasil boleh dikatakan kurang juga trip ni.. air tak cantik(alasan).


Skitter Pop CRH 9cm peberet jay, dia kalau tak bawak popper ni.. memang dia tak leh dapat ikan la jawabnya.

Gunnish Hasu 115mm.

bye bye


Naga kena buli mama toman.


0 Responses to "TRIP-TRIP SEPAYANG"

Post a Comment