Showing posts with label SEPAYANG. Show all posts
Showing posts with label SEPAYANG. Show all posts

TRIP-TRIP SEPAYANG

, 0 Comments »
SEPAYANG 23 MAY 2009

Trip kedua ke Sepayang, bersama Jimouque dan Madi. Semua gara-gara lepas trip pertama yang mencankup-cakup.

Disebabkan sampai awal pada malam sebelum, kami tidur di rumah rakit Rahim.Best juga sebab pagi-pagi boleh tengok sunrise..

Jimoque membuka lembaran pagi dengan menaikkan toman rempit dengan chugbug 8cm dan menggunakan reel Metanium Mg DC!! adeh... pedih telinga...

Daiwa alphas r-edition memang kena buli je lah ... sekarang beliau tak pakai dah alphas. Pakai Conquest dan scorpion XT sahaja...

Sebarau dengan Fat Rap FireTiger ini dapat apabila baling ke arah toman bujang timbul..

Strike Pro Mag Popper ini digunakan bila dah malas nak mancing.. tarik je..

Jumpa pakcik ni casting sambil duduk je... hasilnya.. KELISA. Teluk ini memang banyak Kelisa, mungkin satu hari nanti rezeki aku pulak.


sebanyak 6 ketul gewang telah diPAW oleh toman sepayang, fat rap glass chatreus, bubble pop 88,x rap, skitter pop, .. arghh... tension.


SEPAYANG 14 JUN 2009

Kali ni trip bersama Naga dan Rehot. Semua Team Pacat sudah keracunan toman Sepayang. Lokasinya pula tidaklah jauh mana. Air tenang pada paginya memang best untuk mengesan anak-anak toman. Hasil boleh dikatakan kurang juga trip ni.. air tak cantik(alasan).


Skitter Pop CRH 9cm peberet jay, dia kalau tak bawak popper ni.. memang dia tak leh dapat ikan la jawabnya.

Gunnish Hasu 115mm.

bye bye


Naga kena buli mama toman.


EMPANGAN SEPAYANG MERDEKA 2009

, , 0 Comments »
Trip ke Sepayang kali ini bersama dengan ex-samsung seremban. Rasanya dah lama tak mancing dengan geng Seremban ni. Last pun pergi air ganda . So trip hari kemerdekaan ini telah di rancang sekian lama dan suksess... suksess trip berjalan je... ikan nya tak berapa suksess la... maklum la bulan puasa.

Sebarau selalu mengendap anak dara toman mandi sungai. Jadi kalau ada anak toman... selalunya ada juga sebarau... eh.. anak sebarau.

Bangun je dari tido dapat mama toman ni..

Katak jenama viva, memang dicari-cari. Dah jadi rare pulak natang ni.

Man pening kepala memikirkan cam mana nak cast. Kayu berselirat dan lumut penuh menutupi permukaan air.

Opocot.. Anak toman melompat tanda terkejut bila katak dibaling tepat ke arahnya.


Jeti sepayang, semua tu bot Rahim. kaya mamat ni.


Posing dulu sebelum kena buli dengan toman.

Rod yang keras diperlukan untuk mengekang toman dari lari ke dalam samai.

Bila rod kuat, samai2 pun boleh dilandedkan sekali.

Senyum lebar ye ko Man... yang belakang tu tumpang suka jugak sb lepas ni leh pinjam ikan buat posing.

BERHARI RAYA DI SEPAYANG 2009

, , , , 0 Comments »
Kalau dah gila mancing tu, tak kira lah hari merdeka ke, new year ke, raya ke.. memancing tetap memancing. Raya ke tiga lagi kami telah sampai ke Sepayang. Tak lain tak bukan sengaja nak cari pasal dengan toman-toman di sana. Walaupun agak kurang memberangsangkan hasil tangkapan pada hari-hari tersebut. Trip masih dianggap meriah sebab kuih raya dibawa bersama. Bila lagi nak dapat pengalaman berhari raya diatas bot.


Katak plastik menjadi taruhan. banyak kali miss.. kena post mortem semula. Katak ni best sebab dia murah dan cara memancingnya pulak ala-ala memancing snakehead kat jepun.. tapi kelemahannya, sekali guna je mesti dah separuh hancur.. dua kali guna barai.

Rapala Skitter pop CRH 9cm paling laku di sana. Kenapalah aku degil sangat taknak guna. Walaupun kaler ni skim kaler baru, tapi nak dapatkan bukan senang.. selalu je habis di pasaran.

Botaque paling happy masa trip ni.. di sorang je dpt 4 ekor. Cayalah.. tak sia-sia bawak songkok.


Semua ni penangan SP CRH

Yabai beraksi seksi sekali.. yabata!!!

Senja nan merah..

HUjan turun dengan lebatnya pada hari pertama.. nasib baik dah petang.

Pakcik ni tersengeh sampai malam sebab naikkan toman 4.7kg

Hadiah untuk dibawa ke jepun...

yess.. yesss....

Awal Shaari menangguk ikan

conquest 201 pun masak kena buli

Woi.. buang tebiat ke..

Tinggi sungguh songkok lu... mesti orang umno

Baik-baik bang.. sarang tebuan dekat je tu.. kang tertelan tau la.

Closed up katak sure catch... memang sure lah..

Katak wajib di bawa ke Sepayang.

Sepayang here i come..


Senja nan merah hari ke 2