Layan pacu Laguna

0 Comments »
Masih awal lagi nak buat trip 2010, tapi gian mancing tu tetap ada. Team pacat telah sehati berpakat untuk menukar sesi minum dan mengumpat di Mohsin ditukar ke Laguna sambil membasahkan braided yang agak lama diabaikan. Macam biasa, penggunaan popper berwarna roti menjadi sandaran untuk menaikkan pacu di sana. Masing-masing bersemangat nak menaikkan ikan keran seekor ikan habuannya ialah seringgit seorang... lepas duit minyak kalau dapat ikan. Kalau dapat 200 ekor ikan lepas beli conquest 101. tapi dua ekor je dinaiikan.Seekor  talapia foul hook dan seekor pacu... yang penting minggu depan kena repeat...

Laguna di Kelana Jaya menjadi tempat warga kota melepaskan gian.. ingat mat gian je ke gian....

Ni dah kes berat, popper pun kena salut dengan zonker, pak amin tgk mesti menangis.

Dah macam casting toman, pantang timbul je siap la kau....















Sumpah kami tak berjudi... ni duit nak buat beli spray...
















Menang singgit macam menang moto lak rasanya..

Gua mesti dapat ikan punya... hahahahahha ( dapat tepat-tepat pukul 3... lepas ni terus kena halau balik)

Monsun di Air Papan, Belum

0 Comments »
Sehari lepas balik dari kenyir, aku meneruskan marathon tengkujuh ke Belum pulak. Memang penat beb. Barang pancing pun tak keluar dari kereta. Coleman pun bau sebarau kenyir lagi. Tapi memikirkan badong-bading Belum telah memanggil-manggil, perjalanan diteruskan juga. Bila sampai je di Grik, semua penat kenyir hilang tiba-tiba. Sampai je kat jeti banding lagilah, rasa nak terus casting je kat situ. Setelah segala urusan meloading barang dan menyerahkan permit kepada askar di pintu masuk Belum, kami bergerak pantas terus menuju ke Jenut Papan untuk memulakan aktiviti memburu spesis mega di sana.

Bot yang selesa dan luas.























Laju dan laju lagi















First day dah dapat besar ni, guna pensil river 2 sea bubble pen red head

Burn... burn..

Makan malam yang menyelerakan ..nyum nyum


Time hujan memang paling best pancing sebarau


Ratlin menjadi betul time hujan


Asli Belum di Sungai Tiang

Toman-toman Sungai Tiang 





babok...







MONSUN DI KENYIR

0 Comments »
Trip ni sepatutnya pakai baju hujan sepanjang hari, tapi tak sentuh langsung baju hujannya. Sun block pulak tak bawak. Terbakar la kulit.

Walauapa pun memang trip kenyir still terbaik sepanjang tahun, Cuma tangkapan je kurang. Puas meronda sekitar Cergoh.
Makan paling best kalau pergi Kenyir. Lepas mkn nasik minyak.. nasik dagang pulak.

















Kalau sampai Kuala Berang Pagi sabtu boleh ronda2 dulu kat pasar pagi
















Masa untuk punggah barang ke house boat
















KLC dengan bannernya.
















monoblock!!!
















Farid Kamil dengan sebarau pertama yang tiba-tiba frenzy sebelah bot.
















Average sebarau






















Arghh,,,, toman.... ingat kan badong tadi






















Senja nan merah, sebarau nan parah
















Waa tak kira,,, wa layan je beb...
















SP FT memang power beb..