Angling fair 2010

0 Comments »
























Jom kita ke angling fair yang sudah beberapa tahun tidak muncul... sambil2 tu boleh sambut birthday aku sekali.. jangan lupa bawak gewang-gewang untuk dibuat hadiah. terima kasih.

Lokasi : Kelab Sukan Kelana Jaya (berhampiran Tasik Kelana Jaya & Stadium Kelana Jaya)
Tarikh : 5 hingga 7 November 2010
Masa : 11 pagi - 7 Petang
Kemasukan : PERCUMA.

Jangan lepaskan peluang berjumpa beberapa celebrity dari Jepun seperti Hajime Murata, tester Pure Fishing dari Taiwan dan tester Daiwa dari Malaysia Jimoque... bila lagi nak sian otograp beb... 
p/s : tester MGFA tak dapat datang sebab ada trip Mega ke Sepayang.

SHIMANO SCORPION XT 1001 REVIEW

0 Comments »
Shimano xt telah mengeluarkan model terbarunya yang lebih kecil dari sebelumnya, xt 1500. Jika warnanya silver sudah tentu ia akan bertukar menjadi aldebaran. Size yang sama cuma ada sedikit perbezaan komponen seperti menggunakan gear brass manakala aldebaran menggunakan gear aluminium. Binaan badan Xt juga agak sedikit berat dari aldebaran yang diperbuat dari magnesium. Ini bermakna, Scorpion xt 1001 boleh bawak air masin... yeah....
Setelah menggunakannya di Penyabong dan Belum, saya dapati drag Scorpion ini memang power. Tiada masalah untuk menaikkan Toman 5kg dan menahan kerapu lagi ke karang.
Untuk membaling gewang yang ringan juga tiada masalah.Xt boleh. Gewang berat toksah cerita... memang berdesup kalau suka guna fat rap. Mengarau gewang selaman dalam juga tiada masalah... belasah jer...


















Siakap

0 Comments »
Siakap makan grub, memang best layan....
Lawatan pertama dapat 6 ekor, lepas tu agak kumpau... 2 ekor je....
2 hari sebelum raya dapat 20 ekor.... layannnnn..... beraya makan siakap






















Pergau yang dah jahanam

0 Comments »
Setahun lepas nama Pergau tiba-tiba menjadi perbualan hangat apabila naiknya banyak sebarau yang besar-besar. Sebelum itu kehadiran sebarau kurang disedari pemancing hinggakan Pergau sering dilupakan. Walubagaimanapun setelah terbongkarnya cerita sebarau menggila di sana, Pergau dikunjungi pemancing hampir setiap hari. Yang lebih menyedihkan ia juga menjadi tumpuan kaki jaring menjadikan sebarau kembali sunyi seperti dulu. Salah siapa?

Lawatan ke Pergau yang terakhir

Handcrafted by Rehot

0 Comments »
Tunggu masa je nak tarik badong...




 

FREE SEBARAU..

0 Comments »
Bukan dapat sebarau free, tapi free kan sebarau..
Mungkin belum terlewat untuk kita melepaskan semua tangkapan yang bernama sebarau. Jika anda selalu casting sebarau, di tempat-tempat peberet seperti Kenyir, Belum hatta di Lubuk rahsia anda sekali pun. Kekurangan sebarau jelas dirasai. Contoh paling ketara ialah Kenyir. Dulu pemancing boleh berbangga dengan menyusun beratus sebarau di tepian bothouse, kini hanya yang bernasib baik sahaja dapat berbuat begitu walaupun ia agak menyakitkan mata. Ada yang beranggapan sebarau tidak pupus, masih banyak, kau tak pandai pancing cakap lah sebarau tak de, tak kena musim dan berbagai lagi alasan. Betul ke? Pernah satu ketika dahulu tidaklah lama sangat, sebarau banyak di lubuk panjang sungai terenggan. Tapi sekarang kemana perginya sebarau tersebut? Dah dua tahun kami ke sana, tiada sebarau yang berani meligan gewang.
Sebarau sebenarnya adalah spesis yang agak senang untuk memikatnya. Kalau dia ada, dua tiga kali baling sudah tentu disambarnya. Disebabkan kebodohan sebarau itu sendiri, manusia sering mengambil kesempatan. Dapat sebarau, angkut semua. bila bahagi-bahagi dapat 5 ekor sorang cukup lah. 5x 10 orang = 50 ekor. Kalau nak kira memang banyak.
Apa patut kita buat? Jika hanya segelintir sahaja pemancing yang mempraktikkan CNR, mungkin ramai yang menganggap tu kerja bodoh. A lepas sekor, B belasah 18 ekor.
Jika nak didik pemancing Malaysia bukan semua akan sokong. Nak CNR kena kutuk ada lah... macam bagus lah... bodo lah... bayar mahal2 lepas balik ikan lah... Nak buat lauk lah.. (macam la pergi trip tak beli barang dapur). Bodoh kan?
Untuk kaki casting kat negara kita ni, tak banyak pilihan sangat pun nak diikutkan. Balik2 toman, sebarau, toman , sebarau.. spesis lain klu dapat kira rare lah tu... toman mungkin ramai yang release... tak risau sangat...  kecuali ada yang kebulur. Sebarau tu dah mula jadi rare. Sedap sangat tu tak de la . Sedap lagi ikan selayang bakar cicah budu. Jadi tak salah rasanya kalau kita lepaskan sebarau tu macam kita lepas kan toman. Arini lepas, esok lusa mungkin dapat yang lagi besar. Kalau makan, lepas bangun tido lapar balik. ..
bersambung....

Menjejak Kejor Kuala Pering

0 Comments »
eam pacat telah sepakat untuk naik lagi ke Hulu Terenggan sebelum puasa bermula. Kali ini ekspedisi lebih mencabar kerana kami ingin sampai hingga ke kuala Pering. Seawal perjalanan lagi kami telah diuji dengan perjalanan yang sukar apabila arus sungai menjadi laju kerana malam tersebut hujan turun dengan lebatnya. Setelah berhempas-pulas meredah air akhirnya kami sampai ke Lubuk Panjang yang menjadi lokasi tapak perkhemahan. Ini baru permulaan.. esok barulah kami akan naik jauh ke Hulu dan merealisasikan impian fantasi menjadi realiti..

Upacara memanas kan tapak kaki















BUkan bangla sahaja yang perlu permit...















Terpaksa tunggu lagi 4 jam baru sampai Kuala Terenggan















Sampai-sampai air pulak keruh...















Baru sekerat jalan masing-masing sudah mula pancit.















Lajunya air sungai...















habiskan masa malam pertama untuk berehat sahaja






















bestnye sungai ni..

Eging Pulau Berhala

0 Comments »
Trip ini ditaja oleh Syarikat Kepong sempena lawatan tester Yamshita dari Jepun, Eisuke Kawakami. destinasi pilihan ialah Pulau Berhala yang mana terkenal dengan sotong mengabangnya. Bot pilihan ialah bot ikan masin 1 (IKM1) yang berukuran 36 kali dan dilengkapi dengan engine 200hp kali dua... = 400hp!!Berbekalkan Rod 7-9 kaki, kami menduga di sekeliling Pulau Berhala dan bertukar setelah kurang sambutan. Selepas itu kami menduga di Unjang yang berdekatan dan memperolehi banyak sotong dengan candat Yamshita.











Test rod MGFA

0 Comments »
Kali ini MGFA menjemput aku untuk test rodnya di Belum. Ni dah kira bonus... sapa tanak gi Belum free. Kena pulak dengan toman yang sedang menggila... aku pun naik gila la...
































Sepayang Revisited

0 Comments »
rip reunion ini bersama-sama dengan kawan sekolah lama semasa di MRSM Muar dahulu. Kalau dulu muda-muda pegang gitar, dah tua ni pegang rod la pulak. Sama sahaja gilanya.







Sebarau Tanjung Malim

0 Comments »
4 april 2010, Tanjung Malim.
Nak dapatkan sebarau besar kadang-kadang tidak perlu pergi menjelajah jauh ke hulu sungai mahupun tasik-tasik besar. Kadang-kadang ia berada berdekatan sahaja dengan penempatan manusia. Tapi jangan sampai ada tangan gatal yang dapat tahu. Haruan curut pun boleh pupus dibuatnya.

Sebarau ni tak jauh pun dengan KL. 1/2 jam perjalanan.





































Lepas casting boleh gi makan pau...