Handcrafted by Rehot

0 Comments »
Tunggu masa je nak tarik badong...




 

FREE SEBARAU..

0 Comments »
Bukan dapat sebarau free, tapi free kan sebarau..
Mungkin belum terlewat untuk kita melepaskan semua tangkapan yang bernama sebarau. Jika anda selalu casting sebarau, di tempat-tempat peberet seperti Kenyir, Belum hatta di Lubuk rahsia anda sekali pun. Kekurangan sebarau jelas dirasai. Contoh paling ketara ialah Kenyir. Dulu pemancing boleh berbangga dengan menyusun beratus sebarau di tepian bothouse, kini hanya yang bernasib baik sahaja dapat berbuat begitu walaupun ia agak menyakitkan mata. Ada yang beranggapan sebarau tidak pupus, masih banyak, kau tak pandai pancing cakap lah sebarau tak de, tak kena musim dan berbagai lagi alasan. Betul ke? Pernah satu ketika dahulu tidaklah lama sangat, sebarau banyak di lubuk panjang sungai terenggan. Tapi sekarang kemana perginya sebarau tersebut? Dah dua tahun kami ke sana, tiada sebarau yang berani meligan gewang.
Sebarau sebenarnya adalah spesis yang agak senang untuk memikatnya. Kalau dia ada, dua tiga kali baling sudah tentu disambarnya. Disebabkan kebodohan sebarau itu sendiri, manusia sering mengambil kesempatan. Dapat sebarau, angkut semua. bila bahagi-bahagi dapat 5 ekor sorang cukup lah. 5x 10 orang = 50 ekor. Kalau nak kira memang banyak.
Apa patut kita buat? Jika hanya segelintir sahaja pemancing yang mempraktikkan CNR, mungkin ramai yang menganggap tu kerja bodoh. A lepas sekor, B belasah 18 ekor.
Jika nak didik pemancing Malaysia bukan semua akan sokong. Nak CNR kena kutuk ada lah... macam bagus lah... bodo lah... bayar mahal2 lepas balik ikan lah... Nak buat lauk lah.. (macam la pergi trip tak beli barang dapur). Bodoh kan?
Untuk kaki casting kat negara kita ni, tak banyak pilihan sangat pun nak diikutkan. Balik2 toman, sebarau, toman , sebarau.. spesis lain klu dapat kira rare lah tu... toman mungkin ramai yang release... tak risau sangat...  kecuali ada yang kebulur. Sebarau tu dah mula jadi rare. Sedap sangat tu tak de la . Sedap lagi ikan selayang bakar cicah budu. Jadi tak salah rasanya kalau kita lepaskan sebarau tu macam kita lepas kan toman. Arini lepas, esok lusa mungkin dapat yang lagi besar. Kalau makan, lepas bangun tido lapar balik. ..
bersambung....

Menjejak Kejor Kuala Pering

0 Comments »
eam pacat telah sepakat untuk naik lagi ke Hulu Terenggan sebelum puasa bermula. Kali ini ekspedisi lebih mencabar kerana kami ingin sampai hingga ke kuala Pering. Seawal perjalanan lagi kami telah diuji dengan perjalanan yang sukar apabila arus sungai menjadi laju kerana malam tersebut hujan turun dengan lebatnya. Setelah berhempas-pulas meredah air akhirnya kami sampai ke Lubuk Panjang yang menjadi lokasi tapak perkhemahan. Ini baru permulaan.. esok barulah kami akan naik jauh ke Hulu dan merealisasikan impian fantasi menjadi realiti..

Upacara memanas kan tapak kaki















BUkan bangla sahaja yang perlu permit...















Terpaksa tunggu lagi 4 jam baru sampai Kuala Terenggan















Sampai-sampai air pulak keruh...















Baru sekerat jalan masing-masing sudah mula pancit.















Lajunya air sungai...















habiskan masa malam pertama untuk berehat sahaja






















bestnye sungai ni..